Biar Gambar Kahwin Yang Bercerita

GAMBAR BERCERITA???

Bila buka album, tengok gambar saja pun dah boleh buat kita tersenyum sorang-sorang.

Selak muka surat baru, tengok gambar satu tu, tetiba ja berair mata.

Rasa sayu menyelinap masuk.

Itu la gambar yang bercerita.

Contoh Album Gambar Kahwin

Kebanyakan pasangan yang berkahwin mahukan setiap detik hari penting diingati atau dikenang sehingga akhir hayat.

Inilah sebab utama mereka mahukan gambar kahwin mereka dirakam dengan baik serta mempunyai penceritaan.

Oleh yang demikian, setiap gambar kahwin yang terbaik itu mempunyai penceritaan.

Apabila gambar kahwin yang dilihat ditatap, mampu memberi nilai penceritaan yang boleh membuatkan kita tersenyum, suka, gembira malah menakung air mata.

Maka yang demikian, dengan adanya koleksi cerita hari penting iaitu gambar kahwin, ia seharusnya dibukukan.

Ia seharusnya menjadi buku atau album kenangan terindah bagi setiap pasangan yang berkahwin.

Dengan niat dan harapan agar kegembiraan yang dinikmati bersama kekal dan dapat dikongsikan detik-detik manis dari generasi ke generasi.

 

13 Tips Jimat Bajet Kahwin

Gambar Kahwin : Majlis Akad Nikah

Antara persiapan yang penting menuju gerbang perkahwinan adalah hal bajet.

Pastikan anda tetapkan bajet kewangan mengikut kemampuan pasangan dan keluarga anda.

Tidak perlu bergolok-gadai. Biar ringkas tetapi meriah.

Saban tahun, kos perkahwinan semakin meningkat naik, jadi jika anda merancang untuk berkahwin, pastikan anda mula menyimpan sedikit-sedikit.

Untuk berjimat, jom tengok 15 Tips Jimat Bajet Kahwin di bawah, mana tahu mungkin membantu :-

1. Tetapkan jumlah tetamu.

Catatkan nama bakal tetamu yang akan dijemput menghadiri Majlis Walimatulurus. 

Dengan cara ini, kita dapat merancang dengan lebih tepat dan mengurangkan risiko tertinggal tetamu penting.

Dari segi penyediaan sajian juga dapat dirancang dengan lebih teratur.

Gambar Kahwin : Tuan Rumah

2. Adakan majlis secara gotong -royong

Cara ini terbukti dapat menjimatkan kos.

Secara tidak langsung, ianya menepati dengan bajet anda.

Jalinan silaturahim juga dapat dipupuk dan dipelihara, sekaligus keakraban dikalangan para ahli bertambah erat.

Gambar Kahwin : Amalan gotong royong

3. Elak tempah pakaian baru

Asalkan selesa, masih mengikut trend semasa serta berkeadaan elok, tak salah dan tak nampak miskin pun jika memakai sut yang disewa.

Kebarangkalian untuk memakai sekali sahaja seumur hidup amat tinggi sekali.

Yang penting Si Aduka tampak kacak dan kemas. Si Dara kelihatan ayu serta mempersonakan.

Gambar Kahwin : Outdoor Historical Building

4. Guna bunga tiruan untuk gubahan

Umum sedar akan harga yang perlu dibayar jika menggunakan bunga hidup.

Dan jangka hayat bagi bunga hidup pula amat singkat.

Seumpama beli pakai buang. Membazir je kan.

Akan tetapi, menggunakan bunga tiruan, jika dijaga dengan baik, boleh digunakan untuk tujuan lain.

Gambar Kahwin : Outdoor Resepsi Dara

5. Tempah pakej gambar kahwin ketika promosi

Sekiranya berimpian untuk menggunakan khidmat jurukamera untuk gambar kahwin atau video kahwin, rancang awal.

Ini dapat mengelakkan anda akan dikenakan cas yang tinggi.

Rancang awal, buat survey. Rajin-rajin la ringan tangan untuk ‘Google’, mana tahu terjumpa pakej promosi.

Mana tahu promosinya sekarang, apabila berbincang anda boleh bawa pakej promosi itu ke tahun depan.

Promosi gambar kahwin tak sama dengan promosi pakaian di shopping complex.

Tak salah pun kalau anda ‘pm’ Tukang Tangkap Gambar untuk bertanya.

Gambar Kahwin : Doa

6. Gabungkan Majlis Walimatulurus

Bukan sahaja jimat belanja, malah menjimatkan masa.

Adik-beradik, saudara-mara serta rakan taulan pun boleh hadiri dua majlis pada hari yang sama.

Memudahkan perancangan para jemputan.

Bawa berbincang, bermusyawarah dengan keluarga baru anda.

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi 

Jangan dengan niat yang baik, tetapi secara tidak sedar terjadinya perkara mungkar, yang mendatangkan haram perbuatan tersebut.

Bazir dan boros itu dimurkaiNya.

Gambar Kahwin : Bilik Pengantin

8. Elakkan majlis ketika musim cuti sekolah

Waktu puncak atau peak hour sinonim dengan lonjakan harga.

Gambar Kahwin : Anak anak

9. Elakkan pembaziran pada Kad Kahwin

Ada pelbagai jenis kad kahwin.

Yang tebal keras dan bermutu tinggi tempah dalam kuantiti yang perlu untuk diagihkan kepada yang paling rapat dengan kita.

Selebihnya tempah yang sederhana.

Yang penting cantik designnya, menarik dan jelas isinya.

10. Beli barang ketika ‘SALE’

Selalunya tempoh setahun daripada ikatan pertunangan sehingga majlis akad nikah.

Pesta ‘Sale’ pun boleh dijangka tarikhnya.

Bijak ketika hendak berbelanja.

Rancang perbelanjaan anda.

Gambar Kahwin : Outdoor Pre-Wedding

11. Buka akaun bank khas untuk kahwin

Langkah yang sangat bijak.

Selamat dan memudahkan sekiranya ingin menyemak aliran wang anda.

Teratur dan terperinci.

12. Gubah sendiri hantaran

Zaman sekarang, maklumat dan ilmu dihujung jari.

Percaya atau tidak bakat terperam anda akan menakjubkan diri anda sendiri.

Tak salah mencuba dan ianya memang merumitkan tetapi kepuasan pasti dikecapi bagi yang membuat dan menerimanya.

Gambar Kahwin : Hantaran

13. Buat senarai semak atau ‘checklist’

Perancangan akan lebih jelas.

Dengan adanya maklumat yang terperinci, perjalanan menuju ke hari bahagian anda akan lebih lancar dan teratur.

Gambar Kahwin : Outdoor Sunset

Moga dengan perkongsian 13 Tips Jimat Bajet Kahwin ini membantu dan meringankan ‘stress’ bagi yang sudi membaca.

Sekalung Terima Kasih kepada pembaca yang mulia.

 

11 TIPS SEMARAKKAN KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya.

Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kebahagiaan di dalam sesebuah rumahtangga.

“Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri”.

Pelbagai masalah atau ujian dari pelbagai aspek akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya.

Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sebelas tips berikut:

1. Ciuman

Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman.

Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda.

Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

Ciuman

2. Cincin perkahwinan

Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa.

Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

Cincin – “The Circle Of Trust”

3. Makan malam atau bercuti

Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda.

Sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

Suapan Kasih Sayang

4. Perubahan

Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental.

Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya.

Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

Keluarga Bahagia

5. Adab

Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda.

Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

Adat Resam

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa

Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan.

Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

Batal Wuduk

7. Hadiah

Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.

Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

Tanda Cinta

8. Senyum

Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari.

Berikan dengan penuh keikhlasan sebagai tanda rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

Senyuman Menambat Hati

9. Sentuhan 

Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda.

Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan.

Pasti pasangan anda akan memahaminya.

Sentuhan Lebih Dirasai

10. Impian 

Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai.

Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.

Anda pasti ingin dihargai dan menghargai.

Dongak untuk Impian Masa Hadapan

11. Gambar kahwin atau video perkahwinan 

Ini antara sebab mengapa ada pasangan mempelai berhabisan ribuan ringgit untuk mendokumenkan Hari Bahagia mereka.

Pasti akan menambah keintiman apabila membelek serta menonton ketika berdua bersama.

Contoh Album Gambar Kahwin

Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda.

Selamat mencuba…!!!