13 Tips Jimat Bajet Kahwin

Gambar Kahwin : Majlis Akad Nikah

Antara persiapan yang penting menuju gerbang perkahwinan adalah hal bajet.

Pastikan anda tetapkan bajet kewangan mengikut kemampuan pasangan dan keluarga anda.

Tidak perlu bergolok-gadai. Biar ringkas tetapi meriah.

Saban tahun, kos perkahwinan semakin meningkat naik, jadi jika anda merancang untuk berkahwin, pastikan anda mula menyimpan sedikit-sedikit.

Untuk berjimat, jom tengok 15 Tips Jimat Bajet Kahwin di bawah, mana tahu mungkin membantu :-

1. Tetapkan jumlah tetamu.

Catatkan nama bakal tetamu yang akan dijemput menghadiri Majlis Walimatulurus. 

Dengan cara ini, kita dapat merancang dengan lebih tepat dan mengurangkan risiko tertinggal tetamu penting.

Dari segi penyediaan sajian juga dapat dirancang dengan lebih teratur.

Gambar Kahwin : Tuan Rumah

2. Adakan majlis secara gotong -royong

Cara ini terbukti dapat menjimatkan kos.

Secara tidak langsung, ianya menepati dengan bajet anda.

Jalinan silaturahim juga dapat dipupuk dan dipelihara, sekaligus keakraban dikalangan para ahli bertambah erat.

Gambar Kahwin : Amalan gotong royong

3. Elak tempah pakaian baru

Asalkan selesa, masih mengikut trend semasa serta berkeadaan elok, tak salah dan tak nampak miskin pun jika memakai sut yang disewa.

Kebarangkalian untuk memakai sekali sahaja seumur hidup amat tinggi sekali.

Yang penting Si Aduka tampak kacak dan kemas. Si Dara kelihatan ayu serta mempersonakan.

Gambar Kahwin : Outdoor Historical Building

4. Guna bunga tiruan untuk gubahan

Umum sedar akan harga yang perlu dibayar jika menggunakan bunga hidup.

Dan jangka hayat bagi bunga hidup pula amat singkat.

Seumpama beli pakai buang. Membazir je kan.

Akan tetapi, menggunakan bunga tiruan, jika dijaga dengan baik, boleh digunakan untuk tujuan lain.

Gambar Kahwin : Outdoor Resepsi Dara

5. Tempah pakej gambar kahwin ketika promosi

Sekiranya berimpian untuk menggunakan khidmat jurukamera untuk gambar kahwin atau video kahwin, rancang awal.

Ini dapat mengelakkan anda akan dikenakan cas yang tinggi.

Rancang awal, buat survey. Rajin-rajin la ringan tangan untuk ‘Google’, mana tahu terjumpa pakej promosi.

Mana tahu promosinya sekarang, apabila berbincang anda boleh bawa pakej promosi itu ke tahun depan.

Promosi gambar kahwin tak sama dengan promosi pakaian di shopping complex.

Tak salah pun kalau anda ‘pm’ Tukang Tangkap Gambar untuk bertanya.

Gambar Kahwin : Doa

6. Gabungkan Majlis Walimatulurus

Bukan sahaja jimat belanja, malah menjimatkan masa.

Adik-beradik, saudara-mara serta rakan taulan pun boleh hadiri dua majlis pada hari yang sama.

Memudahkan perancangan para jemputan.

Bawa berbincang, bermusyawarah dengan keluarga baru anda.

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi 

Jangan dengan niat yang baik, tetapi secara tidak sedar terjadinya perkara mungkar, yang mendatangkan haram perbuatan tersebut.

Bazir dan boros itu dimurkaiNya.

Gambar Kahwin : Bilik Pengantin

8. Elakkan majlis ketika musim cuti sekolah

Waktu puncak atau peak hour sinonim dengan lonjakan harga.

Gambar Kahwin : Anak anak

9. Elakkan pembaziran pada Kad Kahwin

Ada pelbagai jenis kad kahwin.

Yang tebal keras dan bermutu tinggi tempah dalam kuantiti yang perlu untuk diagihkan kepada yang paling rapat dengan kita.

Selebihnya tempah yang sederhana.

Yang penting cantik designnya, menarik dan jelas isinya.

10. Beli barang ketika ‘SALE’

Selalunya tempoh setahun daripada ikatan pertunangan sehingga majlis akad nikah.

Pesta ‘Sale’ pun boleh dijangka tarikhnya.

Bijak ketika hendak berbelanja.

Rancang perbelanjaan anda.

Gambar Kahwin : Outdoor Pre-Wedding

11. Buka akaun bank khas untuk kahwin

Langkah yang sangat bijak.

Selamat dan memudahkan sekiranya ingin menyemak aliran wang anda.

Teratur dan terperinci.

12. Gubah sendiri hantaran

Zaman sekarang, maklumat dan ilmu dihujung jari.

Percaya atau tidak bakat terperam anda akan menakjubkan diri anda sendiri.

Tak salah mencuba dan ianya memang merumitkan tetapi kepuasan pasti dikecapi bagi yang membuat dan menerimanya.

Gambar Kahwin : Hantaran

13. Buat senarai semak atau ‘checklist’

Perancangan akan lebih jelas.

Dengan adanya maklumat yang terperinci, perjalanan menuju ke hari bahagian anda akan lebih lancar dan teratur.

Gambar Kahwin : Outdoor Sunset

Moga dengan perkongsian 13 Tips Jimat Bajet Kahwin ini membantu dan meringankan ‘stress’ bagi yang sudi membaca.

Sekalung Terima Kasih kepada pembaca yang mulia.

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *