Gambar Perkahwinan

GAMBAR PERKAHWINAN YANG BERCERITA ???

Bila buka album, tengok gambar kahwin saja pun dah boleh buat kita tersenyum sorang-sorang.

Selak muka surat baru, tengok gambar satu tu, tetiba ja berair mata.

Rasa sayu menyelinap masuk.

Itu la gambar perkahwinan yang bercerita.

gambar perkahwinan
Album Gambar Perkahwinan

Kebanyakan pasangan yang berkahwin mahukan setiap detik hari penting diingati atau dikenang sehingga akhir hayat.

Inilah sebab utama mereka mahukan gambar perkahwinan mereka dirakam dengan baik serta mempunyai penceritaan.

Oleh yang demikian, setiap gambar perkahwinan yang terbaik itu mempunyai penceritaan.

Apabila gambar perkahwinan yang dilihat ditatap, mampu memberi nilai penceritaan yang boleh membuatkan kita tersenyum, suka, gembira malah menakung air mata.

Maka yang demikian, dengan adanya koleksi cerita hari penting iaitu gambar perkahwinan, ia seharusnya dialbumkan.

Ia seharusnya menjadi buku atau album kenangan terindah bagi setiap pasangan yang berkahwin.

Dengan niat dan harapan agar kegembiraan yang dinikmati bersama kekal dan dapat dikongsikan detik-detik manis dari generasi ke generasi.

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *